Assalamualaikum & Hello.
Masa balik beraya dekat Pahang baru ni sempat lah jugak Nani jumpa dengan kesayangan. Lama kot tak jumpa, dah alang alang balik boleh lah kan pergi dating dekat Domino's. Padahal kalau nak jumpa dekat KL pun boleh tapi sebab busy sangat mana ada masa nak keluar. Ehek !
Kesayangan. Kawan baik sejak dari darjah satu. Memang dah lama sangat sampai dah masak dengan perangai masing masing.
Nani lebih suka Domino's berbanding Pizza sebab kalau domino's boleh pilih nak bread yang nipis ke tebal ke. Hihihi. Nani prefer yang nipis punya baru lah tak muak bila makan. Topping pun macam banyak bila Domino's. Tapi setiap orang ada citarasa masing masing kan.
Yang ni apa entah nama nya. Hahah. Lupa sudah.
Yang ni pun aku lupa namanya apa. Hahaha :P
Larva kek yang sangat lah yummylicious. Bila makan tu rasa cair je dalam mulut. Tiap kali pergi Domino's memang tak pernah miss nak order yang ni. Hihi. Masa tu ada jugak order spaghetti dua bekas tapi tak sempat nak snap gambar. Memasing dah lapar semua ngap je terus.
Total damage untuk hari tu. Ni pun belum masuk lagi larva kek dengan sekeping pizza yang kitorang order kemudian. Memang makan sakan dekat Domino's baru ni. Hihihi. Jumpa lagi kesayangan :P